Membaca sesebuah kitab dengan
berulang-ulang kali secara tidak langsung dapat menambah dan menguatkan
pemahaman kita terhadap ilmu-ilmu yang terdapat di dalam kitab tersebut. Barangkali
ilmu-ilmu yang kita terlepas pandang dapat kita perolehi usai pembacaan buat
kali kedua dan seterusnya.
Contohnya dapat dilihat pada diri al-Imam as-Syafi’e Rahimahullah (w. 204 h.) Kata
al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali (w. 795 h.) :
“As-Syafi’e mengkhatamkan al-Qur’an pada bulan Ramadan sebanyak 60 kali.”
(Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab)
Justeru, tidak hairanlah beliau Rahimahullah terkenal sebagai seorang yang
tersangat baik kefahamannya terhadap al-Quran. Hasil dari pembacaan yang
berulang-ulang.
Sehinggakan Imam Ahmad bin Hanbal pernah berkata:
“Aku belum pernah melihat seorang pun yang lebih faqih terhadap Kitab Allah
melebihi pemuda ini (As Ayafi’e)”
Amalan membaca sesebuah kitab secara berulangkali sering diamalkan para Ulama’
dalam kehidupan mereka. Sebagai contoh dapat dilihat dalam riwayat-riwayat
berikut:
Kata Abu Bakar al-Abhari:
“Aku membaca kitab ‘Mukhtasar Ibn Abi Hakam’ sebanyak 500 kali, kitab ‘Al-Asadiyyah’
sebanyak 75 kali, dan aku membaca ‘al-Muwatha’ sebanyak 45 kali, ‘Mukhtasar
al-Barqi’ sebanyak 70 kali, dan kitab ‘Al-Mabsuth’ sebanyak 70 kali.”
(Tartib al-Madaarik, al-Qadhi ‘Iyadh: 6/10)
Diceritakan bahawa al-Fairuz Abadi rahimahullah telah membaca kitab ‘Sahih
al-Bukhari’ lebih dari 50 kali.
(Fihris al-Fahaaris wal Atsbaat, al-Qattani)
Muhammad Fahmi bin Rusli,
Aal- Al Bayt University, Jordan.
16 January 2013.
0 comments
Post a Comment