Pages

Sunday, 20 January 2013

Surah al-Fatihah: Dialog Antara Hamba Dengan Allah.

Sebagai seorang Muslim, sedar atau tidak bahawa hari demi hari kita mengulangi pembacaan Surah al-Fatihah di dalam setiap Solat. Namun, adakah kita benar-benar menghayati dan memahami makna ayat yang kita baca tersebut ? Surah al-Fatihah mempunyai nilai yang besar di dalam al-Quran. Ia merupakan surah yang paling agung di dalam al-Quran. Bahkan telah tsabit riwayat yang mengatakan apabila surah ini diturunkan, dibuka satu pintu dari langit yang belum pernah dibuka sebelum ini. Bahkan surah al-Fatihah juga merupakan satu-satunya...

Saturday, 19 January 2013

Kritis: Mengapa Masih Menulis ?

Timbul persoalan, dalam lambakan laman sosial yang wujud di atas muka bumi pada hari ini, mengapa kita masih terus menulis ? Ya, dunia masa kini menyaksikan bahawa jutaan manusia telah menjadi pengguna kepada laman-laman sosial seperti Facebook, Twitter, dan Blog. Ketiganya merupakan medium penulisan utama berbanding laman sosial semisal YouTube, Instagram, dan seumpamanya. Saya menganggap, keperluan untuk menulis di dalam medium-medium itu tetap ada sekalipun telah ramai manusia yang menggunakannya. Pertama, setiap manusia diberi...

Wednesday, 16 January 2013

Ikatlah Ilmu Dengan Amal.

Betapa ramai orang yang berilmu dan berbicara tentang ilmu. Namun terlalu sikit dari kalangan mereka yang beramal dengan ilmu yang dimiliki. Kita bermohon kepada Allah agar kita tidak tergolong dalam golongan ini. Mencari dan mendapatkan ilmu itu jauh lebih mudah dari mengaplikasi dan mengamalkannya dalam diri. Kerana itu kita dapati di sekeliling kita, bahkan lebih dekat dari itu kita perhatikan diri kita sendiri. Berapa banyakkah ilmu yang kita perolehi hari demi hari yang telah diamalkan? Jika ada, tahniah ! Jika tiada, muhasabah...

Tuesday, 15 January 2013

Salaf Cintakan Kemasyhuran ?

Membaca perjalanan hidup para Ulama’ Salafussoleh, jiwa terasa sebak dan sesak. Hati menjadi sayu dan haru. Mereka terdiri dari kalangan mufti dan da’ie. Tetapi mereka sama sekali tidak mencari populariti dan kemasyhuran dengan lautan ilmu yang mereka miliki. Berbeza pula halnya dengan para pendakwah di zaman sekarang. Sangat sedikit yang mengikut jejak langkah salaf dalam hal ini. Mari kita lihat adakah para Ulama’ terdahulu cintakan kemasyhuran atau tidak. Ketika di Kufah, kitab manasik dibacakan kepada ‘Abdullah Ibn Mubarak,...

Jauhi Sifat Bertangguh-Tangguh !

Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata:  “Setiap kali datangnya pembawa kebaikan, ia dihalang oleh penjaga pintu yang bernama la'alla (semoga nanti) dan 'asa (mudah-mudahan).”  (Rujuk al-Fawaid, Ibn al-Qayyim). Jika kita teliti kata-kata sarjana agung ini, kita dapati betapa tepat dan benarnya kata-kata ini. Perhatikan diri kita dan orang-orang di sekeliling kita. Ada tak berlaku dialog seumpama ini? “Abu, jom pergi solat berjemaah di Masjid”. Ajak Ismail. “Kau pergi dululah, nanti aku pergi.” Balas...

Kaedah Membaca Para Ulama'

Membaca sesebuah kitab dengan berulang-ulang kali secara tidak langsung dapat menambah dan menguatkan pemahaman kita terhadap ilmu-ilmu yang terdapat di dalam kitab tersebut. Barangkali ilmu-ilmu yang kita terlepas pandang dapat kita perolehi usai pembacaan buat kali kedua dan seterusnya. Contohnya dapat dilihat pada diri al-Imam as-Syafi’e Rahimahullah (w. 204 h.) Kata al-Hafiz Ibn Rajab al-Hanbali (w. 795 h.) : “As-Syafi’e mengkhatamkan al-Qur’an pada bulan Ramadan sebanyak 60 kali.”   (Lathaif al-Ma’arif, Ibn Rajab) Justeru,...

Iman: Dialog Ustaz Bersama Aiman

“Ustaz, apakah definisi Iman?”. Tanya seorang murid bernama Aiman kepada gurunya. “Iman ialah, membenarkan dengan jantung hati, mengucapkan dengan lisan, dan mengamalkan dengan anggota badan.” Jawab sang ustaz dengan tenang. Si murid melanjutkan persoalan: “Dahulu ustaz katakan bahawa agama ini padanya al-masa’il (permasalahan-permasalahan) dan ad-dala’il (dalil-dalil), justeru apakah dalil bagi membenarkan pernyataan tersebut ustaz?”.  Riak ingin tahu kelihatan di wajah sang murid. Jawab sang ustaz:  “Dalilnya...

Pesanan-Pesanan Buat Wanita Beriman.

Berikut disertakan nasihat-nasihat buat wanita Muslimaat. Diambil dari ayat-ayat al-Quran yang menceritakan ciri-ciri wanita Muslimah, juga ditambah lagi nasihat-nasihat yang dipetik dari hadis-hadis Nabi serta atsar-atsar para Sahabat. Semoga bermanfaat. 1) Kata Allah di dalam al-Quran:   "Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, dan anak-anak perempuan kamu, serta isteri-isteri             orang beriman, hendaklah mereka menutup jilbab mereka ke seluruh badan mereka. Yang demikian...

Monday, 14 January 2013

Khutbah Dari Syaitan.

Di dalam al-Quran, Allah S.W.T merakamkan sebuah kisah yang menggerunkan. Yang mana ia menceritakan perihal khutbah Iblis la'natullah 'alaih kepada para pengikutnya. Kisah ini boleh didapati di dalam surah Ibrahim ayat 22. Kata Allah S.W.T: وَقَالَ الشَّيْطَانُ لَمَّا قُضِيَ الأَمْرُ إِنَّ اللّهَ وَعَدَكُمْ وَعْدَ الْحَقِّ وَوَعَدتُّكُمْ فَأَخْلَفْتُكُمْ وَمَا كَانَ لِيَ عَلَيْكُم مِّن سُلْطَانٍ إِلاَّ أَن دَعَوْتُكُمْ فَاسْتَجَبْتُمْ لِي فَلاَ تَلُومُونِي وَلُومُواْ أَنفُسَكُم مَّا أَنَاْ بِمُصْرِخِكُمْ وَمَا أَنتُمْ بِمُصْرِخِيَّ إِنِّي...

Dakwah Tauhid Sehingga Akhir Hayat.

Dari al Harits an Najrani, beliau berkata: “Lima hari sebelum kewafatan Rasulullah S.AW, aku mendengar Baginda bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang sebelum kalian, mereka menjadikan kubur Nabi-nabi mereka serta orang-orang soleh di antara mereka sebagai tempat ibadah, maka janganlah kalian menjadikan kubur-kubur sebagai masjid, sesungguhnya aku melarang kalian melakukan perbuatan itu.” (Riwayat Ibnu Abi Syaibah. Syaikh al Albani mengatakan, “Sanadnya sahih berdasarkan syarat Muslim”) Di dalam Kitab Sahih al-Bukhari,...

Spider-Man dan al-'Ankabut.

Entri kali ini akan membicarakan soal Spider - Man dan al -'Ankabut (labah-labah). Semua kita maklum, bahawa Spider - Man adalah sebuah filem masterpiece yang dihasilkan oleh barat. Ia mengisahkan seorang adiwira yang memiliki kuasa luar biasa hebat. Dia mampu menghasilkan sarang yang kukuh lagi utuh untuk melawan musuh. Persis sarang labah-labah. Bukanlah Spider-Man menjadi isu utama yang ingin diketengahkan di sini. Fokusnya di sini, sebagai seorang Muslim sedarkah kita bahawa al-Quran yang kita warisi zaman berzaman itu turut...