Pages

Wednesday, 28 November 2012

Antara 'Terbaik' dan 'Terbanyak'

Apabila kita mengajak masyarakat awam kepada beramal dengan amalan-amalan yang bertepatan dengan sunnah, kebiasaannya ajakan kita itu akan mendapat beberapa reaksi dari sebahagian mereka. Antara contohnya:  “Ustaz, yang kami buat ini perkara baik, lagipun bukan kami bermaksiat”. Contoh lain:  “Kami ini amalan sedikit, lainlah macam Nabi yang dosa-dosanya dah diampunkan. Apa salah kami nak buat lebih sedikit dalam beramal”. Dalam berhadapan dengan situasi begini, hendaklah kita selaku pendakwah berhikmah dalam memberi...

Sunday, 2 September 2012

Syarat Penerimaan Sesuatu ‘Ibadah

Syarat penerimaan sesuatu ibadah itu ada dua:1) Ikhlas kerana Allah. 2) Ittiba' (mengikuti) as-Sunnah. Entri kali ini lebih memberikan fokus kepada syarat yang kedua, iaitu mengikuti as-Sunnah. Dalam memastikan sesuatu ibadah yang kita lakukan bertepatan dengan as-Sunnah, 6 perkara asas perlu kita ketahui agar amal ibadah yang kita lakukan tidak menyelisihi as-Sunnah: 1) Sebab: Ini bermakna, amal ‘ibadah yang dilakukan hendaklah sesuai dengan syari’at dari sudut sebabnya. Contoh: Seorang lelaki menunaikan solat dua raka’at setiap...

Kisah Seorang Pencari Ilmu.

Di dalam kitab Iqaz al-Himmah oleh as-Su’aidan. Disebutkan sebuah kisah yang diceritakan oleh Fadhl Bin Sa’id. Kata beliau:  “Ada seorang yang menuntut ilmu, namun dia sangat sukar dalam mendapatkannya. Di dalam hatinya, dia ingin berhenti belajar. Suatu hari, dia melalui air yang menghujani batu-batu besar yang berasal dari puncak gunung. Titisan air tersebut memberi bekas  (lubang) pada batu. Dalam hatinya dia berkata: “Air yang sebegini lembutnya dapat memberikan kesan terhadap batu yang sebegini keras. Demi Allah, aku akan...

Al-Quran: Panduan Insan Mengatur Kompas Kehidupan.

"Makin merapat insan dengan al-Qur'an, makin mendekat dia dengan ar-Rahman". "Makin diri dengan al-Quran tidak terikat, makin rapat Syaitan dengan diri mendekat". Al-Quran adalah salah satu perantara di antara kita untuk menghayati dan meneliti kata-kata Sang Pencipta. Mendengar dan membacanya menjadikan jiwa berasa tenang. Apatah lagi jika ia diteliti, dan difahami. Dihayati, ditekuni, dan diulangkaji. Ar-Rahman di dalam satu firman mengatakan:                          ...

Tuesday, 28 August 2012

Agungnya Kasih Sayang Itu.

Di antara sifat keagungan Allah Jalla wa 'Ala ialah, Dia bersifat Ar-Raheem. Maha Pengasih. Dia kasih kepada setiap hamba-hambaNya yang beriman. Di antara tanda keluasan kasih sayangNya terhadap para hambaNya dapat kita lihat menerusi firmanNya ini: Maksudnya: "Katakanlah (Muhammad), wahai sekalian hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".  (Az-Zumar:...

Monday, 27 August 2012

Hidayah, Ilmu, Hujan, dan Tanah.

Di dalam kitab Sahih al-Bukhari, penulisnya al-Imam al-Bukhari rahimahullah telah meletakkan suatu bab yang bertajuk 'Bab kelebihan orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya'. Manakala hadis yang dipilih oleh beliau di dalam bab ini adalah hadis berikut: Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perumpamaan apa yang Allah utuskan aku dengannya, di antara hidayah dan ilmu adalah seumpama hujan lebat yang turun membasahi bumi. Ada di antaranya tanah yang subur, yang mampu menyerap air lalu menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rerumput...

Saturday, 25 August 2012

Lafaz Niat Suatu Syari'at?

“Ustaz, betulkah kalau kita lafazkan niat tetapi kita tidak menyebut perkataan ‘fardhu’ maka solat kita menjadi tidak sah? Sebab ada ustaz yang cakap tidak sah solat jika tidak melafazkan ungkapan fardhu”. Ini merupakan soalan yang diajukan kepada saya usai kuliah bersama kaum ibu pada Ramadhan yang lalu. Nampak benar riak ingin tahu yang tinggi pada wajah penyoal. Manakan tidak. Pertama, kerana 'fatwa' itu seakan pelik. Kedua, disampaikan pula oleh seseorang yang bergelar Ustaz. Dalam mengulas isu ini, tidak dapat tidak kita perlu...

Wednesday, 27 June 2012

Kembara ‘Ilmu - Inspirasi Dari Salafussoleh

Ini merupakan kesinambungan dari artikel lepas yang bertajuk ‘Kembara ‘Ilmu - Juhud Suatu Tuntutan’. Cumanya, entri kali ini lebih tertumpu kepada contoh-contoh yang telah dilakukan oleh Salafuna as-Soleh dalam pengembaraan mencari 'ilmu. Kisah-kisah mereka pencetus inspirasi. Inspirasi penyuntik kekuatan diri. Inilah yang dinamakan Inspirasi dari Salafussoleh. 1) Kata Abu Darda’ Radhiyallahu ‘anhu: “Seandainya aku mendapati suatu ayat dari al-Qur’an yang tidak aku fahami, dan tiada seorang yang dapat memberitahukannya melainkan seorang...

Tuesday, 26 June 2012

Beransur-Ansur Dalam Pemilihan Kitab (1)

Kitab-kitab cadangan, ‘Ilmu Fiqh: 1) Ad-Durar al-Bahiyyah, karya al-Imam as-Syaukani. 2) Syarah al-Mumti’ ‘ala Zaad al-Mustaqni’, Ibn al-‘Utsaimin. 3) Al-Mughni, karya Ibn Qudamah al-Maqdisi. 4) Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Imam an-Nawawi. Sirah Nabawiyyah: 1) Ar-Raheeq al-Makhtoum, Syaikh Shafiy ar-Rahman al-Mubarakfuri. 2) Hadza al-Habib Ya Muhib, Syaikh Abu Bakar al-Jaza’iri. 3) As-Sirah an-Nabawiyyah, karya Ibn Kathir. 4) Zaad al-Ma’ad, karya Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. Biografi Ulama’: 1) Shuwar Min Hayaat as-Sahabah. 2) Ar-Riqqah...

Beransur-Ansur Dalam Pemilihan Kitab.

Beransur-ansur dalam pemilihan kitab. Sebahagian penuntut ‘ilmu yang mempunyai semangat tinggi dalam meraih ‘ilmu, mereka kadangkala tergesa-gesa dengan memulai pembacaan menggunakan kitab-kitab besar semacam kitab al-Mughni karangan Ibn Qudamah, Majmu’at al-Fatawa karya Syaikhul Islam, juga Fath al-Bari karangan al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani. Tanpa mereka sedari, kitab-kitab sebegini punya istilah-istilah dan rumusan yang tersendiri. Sukar difahami maknanya bagi mereka yang berada di peringkat permulaan. Seharusnya dia menapaki tangga...

Kisah Seorang Tokoh Hadis & Sasterawan

Diceritakan di dalam kitab Wafayat al-A’yaan karangan Ibn Khalliqan, di mana beliau menceritakan perihal seorang tokoh hadis dan sasterawan yang bernama Abu al-Hasan al-Qali.  Katanya: “Abu al-Hasan al-Qali merupakan seorang tokoh hadis dan sasterawan. Beliau memiliki salah satu cetakan terbaik dari kitab al-Jamharah karangan Ibn Darid. Beliau terpaksa menjual kitab tersebut disebabkan kefaqirannya. Sebelum menjual kitab tersebut, beliau telah menulis sebuah bait dan diletakkannya di dalam kitab tersebut."  Bait tersebut...

Kisah Salaf Menuntut ‘Ilmu Ketika Sakarat al-Maut.

Kisah Salaf Menuntut ‘Ilmu Ketika Sakarat al-Maut. 1) Muhammad Ibn Jarir at-Thabari. Dari al-Mu’afa Bin Zakariyya, dari sebahagian orang yang terpercaya bahawa beliau berada di sebelah Abu Ja’far Bin Jarir at-Thabari sesaat sebelum beliau wafat. Ibn Jarir diingatkan akan sebuah do’a dari Ja’far Bin Muhammad. Beliau meminta pena dan kertas, kemudian beliau menulis do’a tersebut. Beliau ditanya: “Wahai Imam! Apakah anda masih menulis dalam keadaan seperti ini?”. Beliau berkata: “Sayugianya seseorang tidak meninggalkan mencari ‘ilmu, sehingga...

Kisah Anjing Dan Singa

Di dalam kitab Shaid al-Khatir karya al-Imam al-Hafizh Ibn al-Jauzi Rahimahullah, beliau ada memberikan suatu perumpamaan yang sangat menarik berkenaan orang yang rendah keinginannya, dan sentiasa merasa puas dengan sesuatu yang rendah. Kata beliau: Seekor anjing berkata kepada seekor singa:  “Wahai raja binatang buas,ubahlah namaku kerana ia sangat buruk”. Kata singa: “Engkau adalah binatang pengkhianat yang tidak berhak memiliki nama selain itu”. Anjing berkata lagi: “Ujilah aku”. Singa pun memberikan kepadanya sepotong...

Kembara ‘Ilmu- Juhud Suatu Tuntutan

Salaf dan Kembara, Para Salafussoleh dan kembara mencari ‘ilmu benar-benar tidak dapat dipisahkan. Menjadi suatu lumrah bagi mereka, bermusafir ke setiap pelosok negara semata-mata ingin mendapat ‘ilmu. Baik sedikit mahupun banyak. Di mana sahaja ada ‘ilmu, segera mereka mendapatkannya. Al-Imam az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar A’laam an-Nubala’, ketika menceritakan biografinya al-Hafizh Ibn Mandah beliau berkata: “Al-Hafizh Ibn Mandah, Abu ‘Abdillah, Muhaddith Islam. Beliau melakukan rihlah menuntut ‘ilmu ketika umurnya 20 tahun, dan...

Penulisan dan Dakwah – Antara Hobi dan Amanah.

Objektif Penulisan, Ada pelbagai sebab manusia menulis. Sebahagian mereka menjadikan medium penulisan sebagai tempat untuk memberikan pandangan dan kritikan. Ada juga yang menjadikannya sebagai suatu cara untuk meluahkan perasaan. Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai suatu sarana dari sarana-sarana dakwah. Salaf dan Penulisan, Para Sarjana Islam terdahulu, mereka mempunyai kejuhudan yang sangat hebat di dalam bidang penulisan. Sehinggakan terdapat sebahagian dari mereka yang memperuntukkan waktu  khas untuk menulis. Abu...