1) Muhammad Ibn Jarir at-Thabari.
Dari al-Mu’afa Bin Zakariyya, dari sebahagian orang yang terpercaya bahawa
beliau berada di sebelah Abu Ja’far Bin Jarir at-Thabari sesaat sebelum beliau
wafat. Ibn Jarir diingatkan akan sebuah do’a dari Ja’far Bin Muhammad. Beliau
meminta pena dan kertas, kemudian beliau menulis do’a tersebut. Beliau ditanya:
“Wahai Imam! Apakah anda masih menulis dalam keadaan seperti ini?”. Beliau
berkata: “Sayugianya seseorang tidak meninggalkan mencari ‘ilmu, sehingga dia
mati”.
2) Al-Imam Abi Yusuf al-Qadhi.
Ibrahim bin Jarrah menceritakan:
“Al-Imam Abu Yusuf al-Qadhi menderita sakit
menjelang kematiannya. Aku datang menjenguknya dan aku dapati beliau dalam
keadaan pengsan. Ketika sedar, beliau berkata: “Apa pendapatmu berkenaan
masalah ini dan ini?”. Aku berkata: “Wahai Imam, dalam keadaan seperti ini?”.
Beliau berkata: “Tidak mengapa, kita belajar semoga hal itu dapat menyelamatkan
seseorang”. Kemudian beliau bertanya: “Wahai Ibrahim, manakah yang lebih utama
ketika melontar jumrah, dilakukan dengan berjalan kaki atau menaiki
kenderaan?”. Aku menjawabnya dan setelah itu aku meninggalkan beliau. Belumpun
sampai di pintu rumahnya, aku sudah mendengar suara orang ramai menangisi beliau
dan ternyata beliau sudah meninggal dunia. Semoga Allah merahmatinya”.
(Manaqib Abu Hanifah, Muwaffaq al-Makki)
Muhammad Fahmi Bin Rusli,
Aal al-Bayt University.
26 Jun 2012
0 comments
Post a Comment