Diceritakan di dalam kitab Wafayat al-A’yaan karangan Ibn Khalliqan, di mana
beliau menceritakan perihal seorang tokoh hadis dan sasterawan yang bernama Abu
al-Hasan al-Qali.
Katanya: “Abu al-Hasan al-Qali merupakan seorang tokoh hadis
dan sasterawan. Beliau memiliki salah satu cetakan terbaik dari kitab
al-Jamharah karangan Ibn Darid. Beliau terpaksa menjual kitab tersebut
disebabkan kefaqirannya. Sebelum menjual kitab tersebut, beliau telah menulis
sebuah bait dan diletakkannya di dalam kitab tersebut."
Bait tersebut berbunyi:
Aku bersamamu selama 20 tahun,
Kemudian aku menjualnya,
Sangatlah panjang kerinduanku,
Kepadanya setelahnya,
Aku tidak pernah menjangka akan menjualnya,
Sekalipun hutang-hutangku menyeksa di dalam penjara,
Namun kerana kelemahan, kefaqiran, dan puteri puteriku,
Yang masih kecil menangis,
Yang menangis meminta padaku,
Maka aku pun rela melepaskannya.
Beliau kemudiannya menjual kitab tersebut dengan harga 60 dinar yang dibeli
oleh as-Syarif al-Murtadha. Ketika membuka kitab tersebut, beliau mendapati
bait-bait yang menyedihkan terdapat di dalamnya. Beliau menyerahkan kitab
tersebut kepada Abu al-Hasan al-Qali tanpa mengambil kembali wangnya.
(Wafayat al-A’yaan, Ibn Khalliqan)
Muhammad Fahmi Bin Rusli,
Aal al-Bayt University, Jordan.
26 Jun 2012
0 comments
Post a Comment