Pages

Wednesday, 27 June 2012

Kembara ‘Ilmu - Inspirasi Dari Salafussoleh

Ini merupakan kesinambungan dari artikel lepas yang bertajuk ‘Kembara ‘Ilmu - Juhud Suatu Tuntutan’. Cumanya, entri kali ini lebih tertumpu kepada contoh-contoh yang telah dilakukan oleh Salafuna as-Soleh dalam pengembaraan mencari 'ilmu. Kisah-kisah mereka pencetus inspirasi. Inspirasi penyuntik kekuatan diri. Inilah yang dinamakan Inspirasi dari Salafussoleh. 1) Kata Abu Darda’ Radhiyallahu ‘anhu: “Seandainya aku mendapati suatu ayat dari al-Qur’an yang tidak aku fahami, dan tiada seorang yang dapat memberitahukannya melainkan seorang...

Tuesday, 26 June 2012

Beransur-Ansur Dalam Pemilihan Kitab (1)

Kitab-kitab cadangan, ‘Ilmu Fiqh: 1) Ad-Durar al-Bahiyyah, karya al-Imam as-Syaukani. 2) Syarah al-Mumti’ ‘ala Zaad al-Mustaqni’, Ibn al-‘Utsaimin. 3) Al-Mughni, karya Ibn Qudamah al-Maqdisi. 4) Al-Majmu’ Syarah al-Muhazzab, Imam an-Nawawi. Sirah Nabawiyyah: 1) Ar-Raheeq al-Makhtoum, Syaikh Shafiy ar-Rahman al-Mubarakfuri. 2) Hadza al-Habib Ya Muhib, Syaikh Abu Bakar al-Jaza’iri. 3) As-Sirah an-Nabawiyyah, karya Ibn Kathir. 4) Zaad al-Ma’ad, karya Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah. Biografi Ulama’: 1) Shuwar Min Hayaat as-Sahabah. 2) Ar-Riqqah...

Beransur-Ansur Dalam Pemilihan Kitab.

Beransur-ansur dalam pemilihan kitab. Sebahagian penuntut ‘ilmu yang mempunyai semangat tinggi dalam meraih ‘ilmu, mereka kadangkala tergesa-gesa dengan memulai pembacaan menggunakan kitab-kitab besar semacam kitab al-Mughni karangan Ibn Qudamah, Majmu’at al-Fatawa karya Syaikhul Islam, juga Fath al-Bari karangan al-Hafizh Ibn Hajar al-‘Asqalani. Tanpa mereka sedari, kitab-kitab sebegini punya istilah-istilah dan rumusan yang tersendiri. Sukar difahami maknanya bagi mereka yang berada di peringkat permulaan. Seharusnya dia menapaki tangga...

Kisah Seorang Tokoh Hadis & Sasterawan

Diceritakan di dalam kitab Wafayat al-A’yaan karangan Ibn Khalliqan, di mana beliau menceritakan perihal seorang tokoh hadis dan sasterawan yang bernama Abu al-Hasan al-Qali.  Katanya: “Abu al-Hasan al-Qali merupakan seorang tokoh hadis dan sasterawan. Beliau memiliki salah satu cetakan terbaik dari kitab al-Jamharah karangan Ibn Darid. Beliau terpaksa menjual kitab tersebut disebabkan kefaqirannya. Sebelum menjual kitab tersebut, beliau telah menulis sebuah bait dan diletakkannya di dalam kitab tersebut."  Bait tersebut...

Kisah Salaf Menuntut ‘Ilmu Ketika Sakarat al-Maut.

Kisah Salaf Menuntut ‘Ilmu Ketika Sakarat al-Maut. 1) Muhammad Ibn Jarir at-Thabari. Dari al-Mu’afa Bin Zakariyya, dari sebahagian orang yang terpercaya bahawa beliau berada di sebelah Abu Ja’far Bin Jarir at-Thabari sesaat sebelum beliau wafat. Ibn Jarir diingatkan akan sebuah do’a dari Ja’far Bin Muhammad. Beliau meminta pena dan kertas, kemudian beliau menulis do’a tersebut. Beliau ditanya: “Wahai Imam! Apakah anda masih menulis dalam keadaan seperti ini?”. Beliau berkata: “Sayugianya seseorang tidak meninggalkan mencari ‘ilmu, sehingga...

Kisah Anjing Dan Singa

Di dalam kitab Shaid al-Khatir karya al-Imam al-Hafizh Ibn al-Jauzi Rahimahullah, beliau ada memberikan suatu perumpamaan yang sangat menarik berkenaan orang yang rendah keinginannya, dan sentiasa merasa puas dengan sesuatu yang rendah. Kata beliau: Seekor anjing berkata kepada seekor singa:  “Wahai raja binatang buas,ubahlah namaku kerana ia sangat buruk”. Kata singa: “Engkau adalah binatang pengkhianat yang tidak berhak memiliki nama selain itu”. Anjing berkata lagi: “Ujilah aku”. Singa pun memberikan kepadanya sepotong...

Kembara ‘Ilmu- Juhud Suatu Tuntutan

Salaf dan Kembara, Para Salafussoleh dan kembara mencari ‘ilmu benar-benar tidak dapat dipisahkan. Menjadi suatu lumrah bagi mereka, bermusafir ke setiap pelosok negara semata-mata ingin mendapat ‘ilmu. Baik sedikit mahupun banyak. Di mana sahaja ada ‘ilmu, segera mereka mendapatkannya. Al-Imam az-Zahabi di dalam kitabnya Siyar A’laam an-Nubala’, ketika menceritakan biografinya al-Hafizh Ibn Mandah beliau berkata: “Al-Hafizh Ibn Mandah, Abu ‘Abdillah, Muhaddith Islam. Beliau melakukan rihlah menuntut ‘ilmu ketika umurnya 20 tahun, dan...

Penulisan dan Dakwah – Antara Hobi dan Amanah.

Objektif Penulisan, Ada pelbagai sebab manusia menulis. Sebahagian mereka menjadikan medium penulisan sebagai tempat untuk memberikan pandangan dan kritikan. Ada juga yang menjadikannya sebagai suatu cara untuk meluahkan perasaan. Tidak kurang juga yang menjadikannya sebagai suatu sarana dari sarana-sarana dakwah. Salaf dan Penulisan, Para Sarjana Islam terdahulu, mereka mempunyai kejuhudan yang sangat hebat di dalam bidang penulisan. Sehinggakan terdapat sebahagian dari mereka yang memperuntukkan waktu  khas untuk menulis. Abu...