Pages

Friday, 29 March 2013

Tempat-tempat Anjuran Untuk Berselawat.

Di dalam kitab Jala' al Afham fi Fadhli as-Solaati was Salaami 'ala Muhammad Khayr al Anaam, penulisnya al-Hafizh al-Imam ar-Rabbani Ibn Qayyim al-Jauziyah Rahimahullah  (w. 751 h.) ada menyenaraikan sebanyak 41 tempat untuk kita berselawat dan mengucapan salam ke atas junjungan besar Rasulullah  صلى الله عليه وآله وسلم . Ibn Qayyim al-Jauziyyah menyusunnya dengan meletakkan hadis-hadis sahih yang berkaitan dengan setiap tempat tersebut. Di sini saya senaraikan 20 dari 41 tempat tersebut secara ringkasan (ikhtishar)...

Friday, 22 March 2013

Ada Apa Pada Sebuah Tangisan ?

Ada banyak sebab manusia menangis. Ada yang mengalirkan airmatanya kerana kegembiraan, ada juga yang mengalirkannya tatkala berada dalam kesedihan. Atas sebab apa sekalipun insan itu menangis, ramai yang tidak menyedari bahawa perbuatan menangis itu sendiri merupakan suatu rahmat yang diberikan Allah pada jiwa-jiwa insan. Dengan sebuah tangisan, ia mampu menghilangkan segala kegusaran dan kekecewaan. Dengan sebuah tangisan, jiwa yang sebelum ini resah menjadi tenang. Manusia itu sifatnya lemah. Tidak semua masalah dapat...

Saturday, 9 March 2013

Butang Itu - Hati-Hati Dalam Menekannya.

Dunia kini, menyaksikan munculnya medium-medium penulisan yang pelbagai. Munculnya Facebook, Twitter, Blog, dan sebagainya, menjadikan kesemuanya seakan lidah kedua buat insan dalam menyampaikan kritikan dan pandangan, melontarkan idea dan sebagainya.  Dalam keterujaan kita menulis, atas alasan apa sekalipun sesuatu penulisan itu dihasilkan, adakah kita pernah terfikir yang kita pasti akan ditanya berkenaan apa yang kita tulis ? Jika kita memanfaatkan medium-medium ini dengan menulis perkara-perkara kebaikan, mudah-mudahan kita...