Pages

Tuesday, 28 June 2016

Gabung Puasa Qadha & Puasa 6 Hari Bulan Syawal

Mukadimah Saban tahun antara persoalan yang sering ditimbulkan oleh masyarakat umum adalah berkenaan hukum menggabungkan puasa ganti dengan puasa sunat sebanyak 6 hari pada bulan syawal. Adakah ianya dibolehkan ataupun perlu dilakukan puasa ganti terlebih dahulu ? Justeru, post kali ini akan mengupas isu ini secara tuntas dan lebih lanjut. Pensyariatan Puasa Qadha’ (Ganti) Terdapat beberapa golongan yang tidak boleh berpuasa sama ada disebabkan keuzuran syar’ie ataupun rukhsah (keringanan) yang telah syarak berikan kepada mereka....

Friday, 24 June 2016

Cinta, Taubat, & Redha | Kita Sangka & Rupa Rupanya

Kita Sangka & Rupa Rupanya.. | Kita sangka, kalau kita mencintai Allah barulah Allah akan mencintai kita. Rupa-rupanya, Allah mencintai kita terlebih dahulu kemudian barulah kita mencintai Dia. يحبهم ويحبونه Maksud: Dia mencintai mereka dan mereka mencintai-Nya. Kita sangka, apabila kita bertaubat terlebih dahulu barulah Allah menerima taubat kita. Rupa-rupanya, Dia menerima taubat kita terlebih dahulu lalu kita diberi taufiq untuk bertaubat. ثم تاب عليهم ليتوبوا Maksud: Kemudian Dia memberi taubat ke atas mereka supaya mereka...

Sunday, 19 January 2014

Kebenaran Itu : Kayu Ukurnya Apa ?

Bila saya katakan : Pandangan yang mengatakan Allah di atas langit itu boleh didengari melalui ceramah Ustaz Fulan di YouTube. Mereka kata : Belajar Aqidah kena bertalaqqi. Bila saya katakan : Allah di atas langit itu merupakan tafsiran al-Imam at-Thabari terhadap ayat ke - 17 dalam Surah al-Mulk. Mereka kata : Ilmu kena belajar secara berguru. Siapa belajar dengan buku, maka syaitanlah gurunya. Bila saya katakan : Saya belajar dengan beberapa orang Masyaikh berbangsa Arab, berbahasa Arab, menulis puluhan kitab, mereka pun mengatakan...

Thursday, 16 January 2014

Beradablah Wahai Rakan Taulan

Saya tahu, saya bukanlah insan yang terbaik untuk memberi nasihat. Tidak pula insan yang berhak untuk dituruti segala nasihatnya. Namun, selama mana saya bergelar seorang Muslim, nasihat itu merupakan tuntutan Syariat. Untuk diri sendiri, juga untuk umat sejagat. Isu. Baru-baru ini, kecoh di laman sosial Facebook dan Twitter akan sebuah kenyataan yang disandarkan kepada Syaikh Nuruddin Marbu al-Banjari berkaitan isu Maulid. Isunya, perbandingan di antara murtabak dan amalan Maulid. Saya tidak berminat untuk mengulas isi kandungan...

Monday, 16 December 2013

PRK PRISMA - Manifesto Calon

Bismillah. Berikut merupakan manifesto saya sebagai calon untuk kerusi Biro Pembangunan Insan dan Ideologi sesi 13/14. 1- Menubuhkan medium ilmiah berasaskan bidang para ahli. 2- Menyemai perpaduan sesama ahli melalui program-program pembangunan modal insan. 3- Menyemarakkan aktiviti tafaqquh dwi aliran (University & Talaqqi) Pencerahan: Suka saya memberitahu, proses mengeluarkan manifesto bukan suatu yang mudah. Ia memerlukan kita berfikir panjang, memahami dengan baik suasana pemikiran para ahli, mengkaji, memadam semula apa...

Wednesday, 25 September 2013

Jangan Menilai Seseorang Dari Luaran.

Pepatah menyebut: Don't judge a book by its cover. Ya, jangan menilai sesebuah buku hanya melalui kulitnya. Boleh jadi sesebuah buku itu luarannya buruk, namun di dalamnya penuh dengan isi-isi yang bermanfaat. Boleh jadi sesebuah buku itu luarannya cantik, namun di dalamnya penuh dengan isi-isi picisan dan khurafat. Begitu juga dalam menyingkapi manusia. Pertemuan pertama kali, dengan sekadar memandang zahir pakaiannya, tidak cukup untuk kita benar-benar mengenali dirinya. Duduklah bersamanya, berbual dengannya. Ini lebih berkesan untuk...

Sunday, 14 April 2013

Nota Dakwah: Antara az-Zuhri dan Anak Muda.

Seorang penceramah membacakan sebuah hadis dalam ceramahnya. Lalu al-Imam az-Zuhri berkata: Perkara ini tidak warid dalam Sunnah Nabi صلى الله عليه وسلم. Penceramah tersebut pun duduk. Tiba-tiba bangun seorang budak lalu berkata: Wahai Imam. Kata az-Zuhri: Ya. Budak itu bertanya:  Adakah engkau menghafaz sunnah seluruhnya ? Az Zuhri menjawab: Tidak.Adakah engkau menghafaz separuh darinya ?Az Zuhri menjawab: Tidak.Adakah engkau menghafaz dua pertiga darinya ?Az Zuhri menjawab: Tidak. Kata budak tersebut: Andaikanlah kamu menghafaz...