
Syarat penerimaan sesuatu ibadah itu ada dua:1) Ikhlas kerana Allah.
2) Ittiba' (mengikuti) as-Sunnah.
Entri kali ini lebih memberikan fokus kepada syarat yang kedua, iaitu mengikuti as-Sunnah. Dalam memastikan sesuatu ibadah yang kita lakukan bertepatan dengan as-Sunnah, 6 perkara asas perlu kita ketahui agar amal ibadah yang kita lakukan tidak menyelisihi as-Sunnah:
1) Sebab:
Ini bermakna, amal ‘ibadah yang dilakukan hendaklah sesuai dengan
syari’at dari sudut sebabnya.
Contoh: Seorang lelaki menunaikan solat
dua raka’at setiap...