Pages

Tuesday, 28 August 2012

Agungnya Kasih Sayang Itu.

Di antara sifat keagungan Allah Jalla wa 'Ala ialah, Dia bersifat Ar-Raheem. Maha Pengasih. Dia kasih kepada setiap hamba-hambaNya yang beriman. Di antara tanda keluasan kasih sayangNya terhadap para hambaNya dapat kita lihat menerusi firmanNya ini: Maksudnya: "Katakanlah (Muhammad), wahai sekalian hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kalian berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan keseluruhan dosa, sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang".  (Az-Zumar:...

Monday, 27 August 2012

Hidayah, Ilmu, Hujan, dan Tanah.

Di dalam kitab Sahih al-Bukhari, penulisnya al-Imam al-Bukhari rahimahullah telah meletakkan suatu bab yang bertajuk 'Bab kelebihan orang yang mempelajari ilmu dan mengajarkannya'. Manakala hadis yang dipilih oleh beliau di dalam bab ini adalah hadis berikut: Nabi Sollallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Perumpamaan apa yang Allah utuskan aku dengannya, di antara hidayah dan ilmu adalah seumpama hujan lebat yang turun membasahi bumi. Ada di antaranya tanah yang subur, yang mampu menyerap air lalu menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rerumput...

Saturday, 25 August 2012

Lafaz Niat Suatu Syari'at?

“Ustaz, betulkah kalau kita lafazkan niat tetapi kita tidak menyebut perkataan ‘fardhu’ maka solat kita menjadi tidak sah? Sebab ada ustaz yang cakap tidak sah solat jika tidak melafazkan ungkapan fardhu”. Ini merupakan soalan yang diajukan kepada saya usai kuliah bersama kaum ibu pada Ramadhan yang lalu. Nampak benar riak ingin tahu yang tinggi pada wajah penyoal. Manakan tidak. Pertama, kerana 'fatwa' itu seakan pelik. Kedua, disampaikan pula oleh seseorang yang bergelar Ustaz. Dalam mengulas isu ini, tidak dapat tidak kita perlu...